Kesempatan menjejakkan kaki ke Tanah Suci
menjadi detik manis dan pengalaman yang
berharga dalam diri saya serta sesiapa saja. Siapa yang tidak mahu menjadi
tetamu Allah, beribadat sambil mencari keredhaan serta kebahagian sejati sudah pasti menjadi suatu
nikmat lazat yang dikurniakan Saya ditawarkan untuk mengerjakan umrah secara
percuma atas dasar jalinan hubungan yang rapat antara ayanhnda saya dan pemilik agensi pelancongan
Assolihin Travel & Tours. Perjalanan saya tidak ditemani keluarga mahupun sahabat,hanya
perjalanan solo yang memberikan pengalaman yang sangat menarik menziarah ke
negeri orang.
Tanggal 14 Jun 2013, saya dihantar oleh keluarga ke KLIA, di sana saya
berkenalan dengan beberapa keluarga yang turut sama mengikuti rombongan. Sebanyak
23 orang yang mengikuti rombongan tersebut, 4 keluarga dan hanya saya seorang
individu tunggal berseorang diri. Dengar macam menyedihkan, tetapi saya lebih
teruja berseorang diri kerana bebas ke mana sahaja tanpa rasa terikat dengan
orang lain. Saya menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines berlepas
dari KLIA pada jam 6.00 petang waktu
Malaysia, tiba di lapangan terbang Madinah pada jam 10 malam waktu Saudi. Ketibaan
saya di sana disambut dengan mesra oleh mutawif atau tourist guide dari agensi Assolihin. Mutawif tersebut berasal dari
Indonesia tetapi sudah lama menetap di Madinah. Katanya sudah 10 tahun menetap
di Madinah dari zaman belajar dan terus bekerja di sana. Tidak hairan melihat
kecekapannya menguruskan jemaah kami di sana.Di madinah saya dan jemaah lain
menetap di hotel Shaza Al-Madina yang lebih kurang 200 meter dari perkarangan
Masjid An-Nabawi. Saat melihat kubah hijau masjid An-abawi membuatkan saya
melopong teruja.Sebelum ini,hanya melihat di kaca tv, tetapi lebih indah apabila dapat melihat secara live masjid
kedua suci bagi umat islam. Tetapi, disebabkan perjalanan jauh yang mengambil masa
10 jam dari Malaysia membuatkan badan terasa layu, saya hanya berehat di hotel
menuggu keesokan hari .
Hari ke-2

Kedengaran azan subuh menyebabkan saya terjaga dari
tidur, tanpa buang masa, saya mandi dan bersiap untuk solat subuh berjemaah. Dikatakan
sembahyang fardhu berjemaah di Masjid An-Nabawi dilipat ganda sebanyak 1000
kali ganda dari solat bersendirian di rumah manakala solat berjemaah di Masjidil Haram di Mekah mendapat 100 000 kali ganda, ini
menyebabkan saya nekad untuk tidak tinggal solat berjemaah di Masjid An-Nabawi.Suasana pagi mendamaikan memberikan kesegaran kepada fizikal
dan mental. Kajian menunjukkan,bangun seawal pagi sebelum matahari terbit dapat
membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan mampu mengurangkan tekanan dalam
diri kita. Fikiran yang segar akan menjadikan kerja-kerja yang di lakukan pada
hari tersebut menjadi lebih efisien dan efektif. Selepas solat subuh berjemaah, saya mengambil
kesempatan untuk meninjau seluruh pelosok Masjid-Annabawi, terutamanya melawat
makam Nabi Muhammad ﷺ, Saidina Abu Bakar, dan Saidina Umar Al-Khatab serta berdoa
di kawasan Raudhah iaitu taman-taman syurga yang sangat mudah diperkenankan doa. Kawasan lain adalah seperti suffah
iaitu tempat tinggal sahabat Nabi ﷺ yang kurang berkemampuan untuk mencari ilmu
pada zaman baginda.Setelah puas menjelajah di dalam masjid,saya keluar di
perkarangan masjid untuk melawat perkuburan baqi’ iaitu tanah perkuburan
sahabat-sahabat baginda ﷺ .Pada hari ini, saya banyak menghabiskan masa untuk berada di
masjid untuk beribadat,
Hari ke-3
Pada hari ke-3 di Madinah, kami para jemaah diiringi mutawif, dibawa
menaiki pergi melawat (ziarah luar) disekitar Kota Madinah. Pada awal pagi kami, dibawa ke masjid Quba’ iaitu masjid yang pertama dibina di atasa
muka bumi oleh baginda Rasul
ﷺ sewaktu tiba di kota Madinah. Saya mengambil
kesempatan untuk solat tahiyatul masjid dan solat dhuha di sana. Setelah itu, kami dibawa melawat ke Jabal Uhud iaitu tempat yang tercetusnya peperangan Uhud antara
orang islam dan kafir Quraisy. Di medan Uhud juga terdapat tempat persemadian
sahabat-sahabat yang gugur syahid seperti Saidina Hamzah, Abdullah Bin Jahsy dan
lain-lain. Setelah selesai bergambar, kami dibawa pulang ke hotel untuk memberi
peluang kepada jemaah untuk solat zohor berjemaah.
Hari ke-4

Selepas solat
subuh berjemaah dan sarapan pagi, mutawif memaklumkan untuk melawat beberapa
tempat di sekitar kota Madinah antaranya
adalah Masjid Qiblatain, kilang Al-Quran dan ladang kurma. Tempat pertama yang
dituju adalah masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai sejarah yang
tersendiri mengenai kisah penukaran arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil
Haram semasa baginda Nabi Rasul ﷺ dan para sahabat sedang solat zohor. Saya berpeluang untuk solat Tahiyatul Masjid dan Solat Dhuha di Masjid
Qibltain. Setelah itu, kami para jemaah di bawa ke kilang Al-Quran . Kilang
mencetak al-quran ini adalah yang
terbesar di dunia. Di sini, saya dapat melihat proses cetakan Al-Quran dan hasil dari
lawatan tersebut saya mendapat senaskhah Al-quran secara percuma. Sepanjang
perjalanan pulang dari kilang Al-Quran, saya disajikan dengan pemandangan ladang
kurma di sebelah kanan dan kiri jalan, mutawif mengambil keputusan untuk singgah
di ladang kurma yang juga terdapat pasar kurma.Di sana
saya dapat merasai sendiri keenakan kombinasi kurma segar yang manis bersama
teh arab panas yang agak kelat menghasilkan rasa kelat-kelat manis yang unik
dan sedap. Berpeluang berada di ladang kurma dan harga jualan kurma yang agak
murah,saya membeli kurma ajwa untuk dibawa pulang ke Malaysia. Setelah puas
melawat hingga ke tengah hari, kami dibawa pulang ke hotel untuk beristirehat
dan beribadat di Masjid An-nabawi seperti biasa.
Hari ke 5

Hari ke-5 kami
para jemaah akan bertolak ke Mekah,setelah dimaklumkan mutawif untuk berkumpul
di lobi pada jam 9.00 pagi, seawal selepas subuh saya ke makam baginda Rasul ﷺ untuk melakukan ziarah wida’. Sayu dan syahdu bersarang di hati tatkala akan
meninggalkan baginda Rasul ﷺ yang terasa dekat dalam diri. Insyaallah ada rezeki
saya akan menziarah kembali makam nabi, para sahabat, Masjid An-Nabawi yang penuh
ketenangan sewaktu beribadat dan bumi bertuah, bumi Madinah yang menempatkan
jasad mulia baginda Rasul ﷺ.Kami diminta bersiap-siap untuk memakai ihram
untuk berniat umrah. Setelah singgah di Miqat Bir Ali untuk beniat umrah, kami
meneruskan perjalanan ke Kota Mekah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7
jam perjalanan disulami dengan talbiah membuatkan saya bersemangat dan
berkobar-kobar untuk menjejakkan kaki ke Kota suci Mekkah yang mempunyai
Masjidil Haram dan Kaabah sebagai
lambang penyatuan umat islam. Setelah sampai di Mekah lebih kurang jam 5 petang, saya
dibawa ke hotel Shahba’ untuk meletakkan bagasi di bilik masing-masing. Selepas
itu, saya dan para jemaah bersama-sama
mutawif ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadah umrah pertama. Perasaan
sendiri melihat Kaabah di depan mata, tak tegambar dengan kata-kata. Berasa
diri amat kerdil dan banyak sekali melakukan dosa, tiba-tiba air mata jantan
jatuh di pipi. Segala ego diketepikan walaupun awek arab bermata biru berada merata-rata.Tanpa
membuang masa, saya menunaikan solat tahiyatul masjid dan terus ke mataf (perkarang kaabah) untuk melakukan tawaf
sebanyak 7 kali sambil mengikuti gerak laku mutawif sebagai panduan. Kawasan
mataf yang penuh dengan manusia sedikit menyesakkan tetapi berjalan
lancer. Selepas tawaf kami para jemaah ke bukit safa untuk memulakan
sa’ei. Walaupun kawasan antara safa dan marwah di lengkapi hawa dingin tetapi
jarak ulang alik sebanyak 7 kali mencabar fizikal. Jarak sempurna melakukan
sa’ei jika di totalkan sejauh 3.15 km. Selepas selesai melakukan ibadat sa’ei ,jemaah
akan menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut sebagai rukun penutup kepada
ibadat umrah. Selesai dari itu,para jemaah bebas dari terikat dengan pantang
larang ihram seperti memakai bau-bauan, menggugurkan bulu-bulu di badan dan
sebagainya. Setelah sempurna ibadat umrah pertama,kami beriktikaf di Masjidil
Haram sementara menuggu solat maghrib seterusya Isyak.
Hari ke 6

Kedengaran azan subuh yang mendayu-dayu dari bilal Masjidil Haram
membuatkan saya terjaga sambil menghayati kelunakan suara pak arab. Saya mandi
dan bersiap untuk ke Masjidil Haram. Memandangkan jarak antara hotel dan masjid
yang lebih kurang 800m, ada perkhidmatan van yang disediakan pihak hotel
untuk membawa jemaah ke Masdil Haram setiap waktu solat. Setelah solat subuh
berjemaah, saya beriktikaf sementara membanyakkan zikir serta bacaan Al-Quran
berhadapan dengan kaabah. Sungguh mengasyikkan suasana pagi di Msjidil
Haram. Selepas bersarapan,mutawif memaklumkan akan melawat ke beberapa kawasan
di sekitar kota Mekah. Kami para jemaah menaiki bas ke Jabal Thur iaitu sebuah
bukit dipuncaknya terdapat sebuah gua yang merupakan tempat persembunyian Rasulullah ﷺ dan sahabatnya Abu Bakar Al Siddiq dalam perjalanan ketika berhijrah dari
Mekah ke Madinah. Setelah bergambar hanya di kaki bukit Jabal Thur kami
meneruskan lawatan ke Arafah, Muzdalifah, dan Mina. Lawatan ini mengambil masa
3-4 jam sebelum pulang ke hotel untuk persiapan solat Jemaah di Masjidil Haram. Pada
sebelah malam saya mengambil kesempatan utuk bersiar-siar di perkarangan
Masjidil Haram dan mencuba makanan arab. Saya telah memesan mendy kambing iaitu
nasi kambing yang membuatkan air liur
meleleh bila teringakan keenakan kombinasi nasi dan kambing yang lembut dan juicy
Hari ke 7-9 (Aktiviti Bebas)

Seperti biasa selesai solat subuh berjemaah,saya
memilih untuk menunaikan umrah sendiri dengan menyewa teksi untuk berniat di
Tana’im. Selepas mengerjakan umrah, saya akan beriktikaf sehingga waktu zohor
dan pulang untuk berehat. Sebelum masuk waktu Asar saya akan ke Masjidil Haram
untuk solat berjemaah. Selepas berjemaah Asar saya akan duduk termangu di tangga
mataf untuk merenung Kaabah sambil mata melirik melihat burung-burung dan
gelagat pak arab. Saya akan beriktikaf di Masjid sehingga waktu Isyak untuk
membaca Al-Quran, solat sunat dan berzikir. Selepas waktu Isyak, saya akan menejelajah setiap pelusuk Masjidil
Haram, melepak di tingkat atas Masjid sambil memandang bulan dan bintang. Setelah
itu,saya akan bersiar-siar di kedai-kedai barangan untuk membeli buah tangan
untuk dibawa pulang ke Malaysia. Sambil dalam perjalanan pulang ke hotel saya
akan mencuba setiap makanan arab seperti shawarma,ais krim arab,laban dan
macam-macam lagi yang jarang terdapat di Malaysia.Suasana hari-hari di Mekah
sebegini merasakan diri sangat tenang dan bebas apabila berada di negeri orang.
Hari ke 10

Hari ke 10 kami
para jemaah di bawa lagi untuk melawat sekitar Kota Mekah, antaranya Jabal
Rahmah, Muzium Haramain dan ladang unta. Di Jabal Rahmah terdapat sebuah tugu di atas bukit. Menurut
riwayat, sewaktu Nabi Adam AS dan Siti Hawa di turunkan oleh Allah Taala dari syurga,
keduanya terpisah lebih dari 100 tahun lamanya dan akhirnya mereka bertemu
kembali di Jabal Rahmah ini.Di muzium Haramain pula,saya disajikan dengan pameran
kesan-kesan sejarah mengenai pembinaan Masidil Haram, Telaga Zam Zam, Kaabah dan lain-lain. Dan akhir sekali saya dibawa untuk melawat ladang unta dan dapat
merasai hasil tenusu unta segar yang mempunyai banyak khasiat. Setelah puas
berselfie bersama unta, kami dibawa pulang ke hotel untuk beristirehat. Pada
sebelah malam berada di Masijid, saya nekad untuk mencium Hajarul Aswad. Dari
hari pertama saya berada di Masjidil Haram saya ingin dan mencuba tetapi digagalkan oleh
kegagahan orang arab Pakistan, Yaman dan Sudan bersaiz besar yang juga
bersesak-sesak untuk mencium Hajarul Aswad. Selepas berdoa dan berkat membantu
orang tua yang sesak nafas kerana
bersempi-sempit,saya diberikan laluan mudah untuk sampai ke penjuru kaabah. Akhirnya,saya dapat
mencium batu hitam yang sentiasa didambakan umat islam.
.
Hari ke 11
Hari ke 11, merupakan hari terakhir saya di Tanah
suci Mekah. Selepas dimaklumkan akan bertolak ke Airport pada jam 12 tengah hari,saya
melakukan Tawaf Wida' iaitu tawaf selamat tinggal sebelum bertolak ke Airport
Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Perasaan sebelum
meninggalkan Kota Suci Mekah adalah satu perasaan yang sukar diterangkan.
Perasaan bersyukur, gembira, sedih, insaf telah bercampur sekali. Saya selamat tiba di KLIA pada jam 3 petang waktu Malaysia.Segala
kenangan manis di kota Madinah dan Mekah akan disimpan sebagai memori kenangan
terindah seumur hidup.