Latar Belakang Filem
Filem munafik merupakan sebuah
filem boleh tahan seram yang diarahkan oleh Syamsul Yusoff yang juga berperanan sebagai watak utama. Antara pelakon lain seperti Nabila
Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali,
Pekin
Ibrahim, A
Galak dan Datuk Rahim Razali. Filem ini telah memenangi lima anugerah
dalam Festival Filem Malaysia ke-28,
antaranya filem terbaik bahasa kebangsaan, pengarah terbaik, pelakon wanita terbaik,
suntingan terbaik dan penataan bunyi terbaik. Filem ini mendapat kutipan
sebanyak RM 19 Juta, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Polis
EVO RM 17.4 juta.
Plot
Adam dikenali orang kampung sebagai
seorang ustaz yang dapat mengubati penyakit gangguan syaitan dan jin melalui
perubatan islam. Dihormati kerana ilmu yang dimilki dan sikap yang tidak
sombong dengan orang kampung.Plot bermula apabila Adam, isterinya Zulaikha dan
anaknya terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa isterinya. Kejadian
tersebut menyebabkan Adam seperti tidak dapat menerima takdir dan putus asa
dalam kehidupan walupun seringakli dinasihati oleh rakan baiknya.Kejadian itu
juga menyebabkannya tidak lagi mahu mengubati orang kampung.Dalam babak yang lain, menceritakan seorang wanita iaitu
Maria seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin yang teruk sehingga
ke tahap tekanan perasaan yang serius. Gangguan yang kronik menyebabkan Maria
hanya bergantung jepada ubat penenang. Maria hidup bersama ayahnya yang
terlantar sakit yang dijaga ibu tirinya Zati di sebuah banglo mewah. Kejadian
yang pelik sering berlaku di rumah mereka menyebabkan Zati meminta bantuan
kepada Adam untuk mengubati Maria. Selepas didesak oleh Imam Kampung Adam
akhirnya Adam bersetuju untuk mengubati Maria.
Plot berkembang apabila Adam dan Maria bertemu untuk sesi perubatan
apabila Maria dirasuk dengan teruk. Pelbagai kejadian misteri berlaku seperti Imam Kampung mengalami kemalangan ngeri
sehingga mengorbankan nyawa.Sementara itu, bapa Adam juga seringkali menziarah
Adam untuk bertanya khabar sambil
gelagat seorang penjaga kubur yang dicurigai Adam menimbulkan pelbagai
persoalan. Anak Adam pula terlalu merindukan ibunya menyebabkan Adam tertekan
sehinggakan Adam membawa pulang batu nisan isterinya untuk ditunjukkan kepada
anaknya sebagai bukti bahawa ibunya sudah meninggal dunia.
Plot kemuncak apabila babak Maria sesat di rumah banglo dan Adam datang
menyelamatkannya. Pada waktu ini penonton akan mengetahui watak jahat
sebenarnya yang telah memporak- perandakan seluruh kampung. Bapa Maria sendiri
iaitu Pak Osman yang menjadi dalang menggunakan sihir dan bantuan jin untuk
memaksa Maria melanggar Adam. Bapa Maria mempunyai perjanjian dengan iblis
untuk menghancurkan orang-orang soleh supaya mendapat harta yang banyak. Pada
permulaan plot digambarkan Pak Osman sebagai seorang yang lumpuh dan tak
terdaya tetapi watak di
twistkan untuk menimbulkan persoalan kepada penonton.
Plot diakhiri apabila Adam baru
tersedar bahawa dirinya yang tidak dapat menerima ketentuan Tuhan dan tidak
memaafkan orang yang melanggar keluarhga mereka dalam kemalangan menyebakan
imannya rapuh.Adam berhalusinasi bahawa anaknya masih hidup sedangkan anaknya
juga turut terkorban dalam kemalangan bersama isterinya.Pada permulaan babak, penonton akan disajikan dengan
pembukaan babak yang baik. Mengenai perkembangan watak dalam filem juga dapat
digambarkan secara baik, dari watak anak kepada Adam, watak bapanya, hinggalah
kepada watak-watak yang di'twist'. Penonton akan tertanya-tanya kerana watak
yang dimainkan pada perkembangan penuh
dengan kecurigaan seperti watak ibu tiri Maria dan kekasih Maria.Tetapi pada
pengakhiran filem ,penonton tidak
menjangkakan watak dalang disebalik kejadian misteri yang berlaku.Jalan
cerita senang difahami .Di akhir jalan cerita ni, walaupun agak cepat cara
ditamatkan , akhirnya munafik yang
sebenarnya diketahui semua orang.
Teknik .
Dari segi sound effect memang tidak dinafikan terbaik sehingga mendpat
anugerah penataan bunyi terbaik dalam festival filem Malaysia ,banyak babak
yang membuatkan penonton terkejut dengan sound
effect. Penggunaan lampu dan kesan-kesan khas pula dimainkan dengan baik apabila kerdipan
lampu di waktu malam dalam rumah malap menandakan jin akan keluar. Dalam bab solekan
pelakon/props memang kelas pertama kerana
jinnya memang menakutkan kerana
make up yang nampak realistik bertaraf filem Asia.
Apa yang unik tentang filem ini
apabila Adam berdialog dengan iblis menggunakan bahasa arab, dan penggunaan ayat-ayat
ruqyah dalam mengubati pesakit. Bacaannya juga baik serta mendapat kelulusan
daripada pihak Jakim. Menurut Syamsul dalam temubual, filem seram ini penuh
dengan elemen keagamaan dan sudah tentu perkara itu tidak boleh diambil mudah.
Oleh itu, beliau mengambil masa lebih dua bulan untuk belajar ayat-ayat
al-Quran yang digunakan dalam skrip filem ini. Beliau juga ada merujuk beberapa
ustaz untuk bertanya tentang hukum hakam agama dan kerap mengikuti kelas agama
untuk menambahkan ilmu dan input untuk filem ini
Nabila Huda selayaknya memenangi pelakon
wanita terbaik dalam festival filem Malaysia kerana lakonan yang mantap dan
terbaik terutama pada adegan Maria dirasuk dengan tenungan matanya, membuatkan tegak bulu roma walupun
lelaki yang menonton. Syamsul
menonjolkan lakonan terbaiknya setakat ini tetapi skrip dan dialognya agak sekema mengurangkan realistik cerita ni. Secara
logiknya masyarakat tidak menggunakan bahasa baku dalam perbualan seharian. Watak tambahan lain semuanya membantu jalan
cerita kerana semuanya pelakon yang agak berpengalaman tidak terlaku seperti
Datuk Rahim Razali Fizz Fairuz dan lain-lain lagi.
Penghakiman Wajar Ditonton Atau Tidak
Penonton yang menonton di pawagam
semestinya berbaloi dan tidak mengecewakan dengan unsur-unsur khas serta
penataan bunyi yang terbaik dalam filem ini. Apa yang paling penting ialah
filem ini sarat dengan elemen islamik, pengajaran dan dakwah. Filem ini memberi pengajaran supaya sentiasa memaafkan dan jangan
berdendam, dan kita kena redha dengan takdir dan ketentuan Allah Taala. Pelakon-pelakon wanita pula menutup aurat, menunujukkan Syamsul cuba
membawa perubahan kepada indutri perfileman negara untuk dicontohi kepada
pengarah-pengarah beragama islam supaya cuba sedaya-upaya patuh syariah dalam
pembikinan filem. Saya syorkan untuk menonton filem ini bukan hanya jalan
cerita dan lakonan yang mantap tetapi penuh dengan pengajaran kepada sesiapa
yang menontonnya.


No comments:
Post a Comment